Seawal jam 6 pagi aku bangun untuk mandi dan bersiap. Selepas sembahyang subuh, aku bersiap-siap memakai baju kurung.Dan apabila jam menunjukkan jam 7 pagi aku bersarapan. My mom masakkan nasi goreng..hehehe=,=.
Aku dan Asikin menunggu di masjid. Tak lama kemudian, Abang Hafiz dan Nadia datang mengambil kami. After about 45 min, we arrive at our destination. Kem Telaga Batin. Aku pun tak tahu apa sebenarnya kem yang aku hadiri ini, just ikut bila Nadia ajak. Kami antara yang paling awal sampai, tapi dah ada yang sampai lebih awal dari kami sebenarnya. Bila aku tengok, semua yang ada kat situ semua pakai tudung labuh and yang lelaki berkopiah. Aku dah berdebar-debar ney memandangkan aku pakai baju kurung yang agak jarang dan berkain belah, tapi tak nampak sangat lah belahnya.hehehe. Aku dah agak cuak ney, mesti program agama, yelah si kawan aku si Nadia tu pun sekolah agama sebelum ni.
Slot pertama agak ringkas, just memperkenalkan program yang di adakan. Nama program ney adalah Explorasi Remaja Luar Biasa. Then, slot seterusnya adalah Knowing Me Knowing You, just berkenalan dengan sape yang ada kat depan, tepi dan belakang kita. Pada petangnya, kami berpeluang sembahyang asar di pantai Teluk Ketapang. Tp before pergi tu terjumpa mama Pirah, Cikgu Masita and adik dye, Yah:) hehehehe.
Slot pada malamnya pulak amat menyentuh perasaan ,Meniti Angin Malam. Terasa diri ini begitu kerdil di sisi Allah. Banyak nikmat yang Allah berikan, tapi jarang sekali kita sebagai hambanya nak bersyukur. Memang rasa sedih sangat bila mengenangkan terlalu banyak dosa aku pada Pencipta, pada kedua-dua ibu bapa malahan juga kawan-kawan seperjuangan yang mungkin ada terasa hati dengan sikap aku. Maafkan aku kawan-kawan. Selepas slot yang sangat sedih ini, kami diberi rehat selama 10 min. Aku mengambil peluang ini untuk sembahyang Isyak di surau bersama Nadia, Sikin dan Kena. Aku ingatkan slot malam ney berakhir kat sini jew, tapi rupa-rupanya aku silap. Kepala aku dah berdenyut-denyut disebabkan terlalu banyak menangis. Kami diberi kain dan di minta menutup mata kami dan kami semua diminta berdiri. Selepas itu aku di minta berjalan oleh seseorang, dan aku tak tahu aku sekarang berada di mana. Aku terpisah dengan kawan aku. Seriously aku sangat takut. Aku terasa sangat terasing. Lepas tu, bermula lah program ney, kehidupan di alam kubur. Aku tak dapat mengeluarkan air mata kerana teramat takut. Tapi mujurlah aku dapat mengawal diri ini. Kalau diikutkan hati mahu ajew aku buang penutup mata itu dan berlari ke arah kawan aku. Actually banyak lagi aktiviti yang di adakan, tapi aku tak menulis semua di sini. Tapi melalui program ini, aku dapat mengenali siapa diri ini. Diri yang sangat kerdil di sisi Allah. Seorang fasi mengatakan, jika kita kejar akhirat, InsyaAllah, dunia itu akan datang bergolek untuk kita. Tapi berapa ramaikah manusia kini yang mengajar akhirat?? Yang ada di benak mereka adalah keindahan duniawi semata-mata. Nauzubillah.
 |
Asikin, Adriani, Cikgu Masita |