Friday, March 16, 2012

Miss you mom

I wish I could see my mom often. To sit besides her, having a talk. But I sees now it doesn't matter. My mom is never far. She is here, in these books that I read, in the blanket that keep me warms, in these pillows and books and pens. In every steps that I took to the class. But mostly,she is in my own heart, where she shines with the bursting radiance of a thousand sun.

*love abah too

Thursday, March 1, 2012

Tuesday, February 28, 2012

mom

Saya tak banyak bercerita dengannya. Tak kisahlah tentang apa. Cinta. Sahabat. Musuh.
 Standard 6.

Dari kecil saya berada di asrama. Pada usia 12 tahun saya mengenali apa itu hostel, dorm dan dewan makan. Saya lebih rapat dengan abah. Semoga abah tenang di sana. Al Fatihah.
Menginjak usia belasan tahun saya ke boarding school. Once a month akan balik kampung.

Unexpected.

Semuanya terlalu pantas. Dan tak tahu di mana silapnya perkara itu terjadi. Hubungan kami terus sepi. Tak disirami dengan kasih sayang, tak dibajai dengan cinta. Tapi ia tetap tumbuh kerana rasa itu ada.
Saya ke utara ,menyambung sisa pelajaran di Kolej Matrikulasi Perlis.
Times fly away.
Masa terus berlalu, tapi saya sedar akan sesuatu. Rasa itu kembali bersatu. Dia cuba menyiramnya. Dan saya dapat rasai kehangatannya. Dia berusaha dan saya berfikir, kenapa saya juga tidak berusaha.

Menginjak angka 20-an, saya terus bergerak. Kini ke selatan.

Dan apa yang saya pasti, saya kini menyayanginya. Mencintainya setulus hati. Tak kira apa yang berlaku pada masa lampau atau pada masa yang akan datang.

I love you mom. Forever.




clinic


Morning and fresh air too. I love morning, but I usually not wake up early in the morning. When not in period tyme, just wake up for subuh prayer then kedebumm, continue sleeping meh!!

8.30.

Kene temankan my sis pergi clinic. Mohamad Aqil Khaleef nak kene cucuk. Sampai klinik, dah ramai ibu-ibu and their daughter/son. 

Thinking.

Macam mana nanti kalau saya dah bergelar mom. Whoaaa!!!! Saya nak jadi ibu yang baik. Of course lahh kan>,<

Saturday, February 25, 2012

motivation

langit februari hampir melabuhkan tirainya.sebulan berlalu tanpa apa-apa.kosong.zero.nothing.

kadang-kadang saya terfikir, adakah apa yang saya rasa sama dengan apa yang orang lain rasa.saya selalu ingin maju ke hadapan, tapi kadang-kadang saya ketinggalan jauh di belakang.

Entahlah.

saya ingin berusaha untuk maju.bersaing.compete with others.saya selalu angankan something yang indah-indah.saya tak hidup dalam dunia nyata.saya ingin berlari jauh.jauh dari segala masalah.

Complicated.

one of my friend said, girls are complicated.and saya rasa,boys too. kita hidup dalam dunia yang berbeza.matlamat kita juga tak sama.

Dan sekarang, apa yang sedang saya mengarut.

Insane.

Tuesday, February 21, 2012

when i'm mad

annoying kan orang yang suka marah-marah ni.tapi nak buat macamana kalau rasa tu dah tak boleh nak ditahan-tahan lagi.kalau saya marah, tolong jangan dekat2.salah satu reasonnya adalah muka saya sangat hodoh.and bila saya marah juga, don't ask me anything.kalau tanya jugak saya akan jawab dengan cara paling annoying dan itu pasti akan membuatkan anda terasa hati dengan saya.tapi marah saya sekejap jew.saya cepat cool.saya segalanya cepat.cepat nangis,cepat merajuk tapi itu semua adalah temporary.dan bila saya marah saya cepat menangis sebab tu jew salah satu caranya nak luahkan perasaan.tapi kenapa saya cerita semua ini.sebab saya tengah MARAHHHHH!!!!!

kalau marah tapi cute xpelah jugak kan??

Wednesday, February 8, 2012

GOSIP LUAR BIASA

Bercakap tentang gosip, semua orang tahu…ini mesti bercakap tentang orang lain. Kalau diistilahkan kepada bahasa yang beragama, gosip dipanggil mengumpat. Hendak guna istilah mengumpat mungkin tidak berapa vogue atau pop. Jadi sesuaikan dengan trend…gosip.
Telah dimaklumkan umum bahawa mengumpat bukanlah suatu sifat yang baik atau elok. Cuma kemahuan atau pendinding diri yang sukar untuk dibendung. Dengan itu, salah satu cara menghindarinya ialah dengan sentiasa mengingati pesanan2 Rasulullah s.a.w Perlu diingatkan, Rasulullah s.a.w amat menyayangi umatnya. Seboleh-bolehnya, Baginda s.a.w mahu umatnya hidup dalam keadaan aman dan tenteram.
Sebab itulah dalam hadis riwayat al- Bukhari  dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap orang Islam terhadap sesama Islam itu haram darahnya (tidak boleh membunuh), hartanya (tidak boleh merampasnya) dan kehormatannya (tidak boleh mengumpatnya)”.
Percayalah, betapa sayangnya Rasulullah s.a.w kepada kita sehingga pesanannya sedemikian rupa. Tanyalah diri kita pula, adakah di hati kita timbul sekelumit perasaan kasih terhadap Rasulullah s.a.w?