Tuesday, February 28, 2012

mom

Saya tak banyak bercerita dengannya. Tak kisahlah tentang apa. Cinta. Sahabat. Musuh.
 Standard 6.

Dari kecil saya berada di asrama. Pada usia 12 tahun saya mengenali apa itu hostel, dorm dan dewan makan. Saya lebih rapat dengan abah. Semoga abah tenang di sana. Al Fatihah.
Menginjak usia belasan tahun saya ke boarding school. Once a month akan balik kampung.

Unexpected.

Semuanya terlalu pantas. Dan tak tahu di mana silapnya perkara itu terjadi. Hubungan kami terus sepi. Tak disirami dengan kasih sayang, tak dibajai dengan cinta. Tapi ia tetap tumbuh kerana rasa itu ada.
Saya ke utara ,menyambung sisa pelajaran di Kolej Matrikulasi Perlis.
Times fly away.
Masa terus berlalu, tapi saya sedar akan sesuatu. Rasa itu kembali bersatu. Dia cuba menyiramnya. Dan saya dapat rasai kehangatannya. Dia berusaha dan saya berfikir, kenapa saya juga tidak berusaha.

Menginjak angka 20-an, saya terus bergerak. Kini ke selatan.

Dan apa yang saya pasti, saya kini menyayanginya. Mencintainya setulus hati. Tak kira apa yang berlaku pada masa lampau atau pada masa yang akan datang.

I love you mom. Forever.




clinic


Morning and fresh air too. I love morning, but I usually not wake up early in the morning. When not in period tyme, just wake up for subuh prayer then kedebumm, continue sleeping meh!!

8.30.

Kene temankan my sis pergi clinic. Mohamad Aqil Khaleef nak kene cucuk. Sampai klinik, dah ramai ibu-ibu and their daughter/son. 

Thinking.

Macam mana nanti kalau saya dah bergelar mom. Whoaaa!!!! Saya nak jadi ibu yang baik. Of course lahh kan>,<

Saturday, February 25, 2012

motivation

langit februari hampir melabuhkan tirainya.sebulan berlalu tanpa apa-apa.kosong.zero.nothing.

kadang-kadang saya terfikir, adakah apa yang saya rasa sama dengan apa yang orang lain rasa.saya selalu ingin maju ke hadapan, tapi kadang-kadang saya ketinggalan jauh di belakang.

Entahlah.

saya ingin berusaha untuk maju.bersaing.compete with others.saya selalu angankan something yang indah-indah.saya tak hidup dalam dunia nyata.saya ingin berlari jauh.jauh dari segala masalah.

Complicated.

one of my friend said, girls are complicated.and saya rasa,boys too. kita hidup dalam dunia yang berbeza.matlamat kita juga tak sama.

Dan sekarang, apa yang sedang saya mengarut.

Insane.

Tuesday, February 21, 2012

when i'm mad

annoying kan orang yang suka marah-marah ni.tapi nak buat macamana kalau rasa tu dah tak boleh nak ditahan-tahan lagi.kalau saya marah, tolong jangan dekat2.salah satu reasonnya adalah muka saya sangat hodoh.and bila saya marah juga, don't ask me anything.kalau tanya jugak saya akan jawab dengan cara paling annoying dan itu pasti akan membuatkan anda terasa hati dengan saya.tapi marah saya sekejap jew.saya cepat cool.saya segalanya cepat.cepat nangis,cepat merajuk tapi itu semua adalah temporary.dan bila saya marah saya cepat menangis sebab tu jew salah satu caranya nak luahkan perasaan.tapi kenapa saya cerita semua ini.sebab saya tengah MARAHHHHH!!!!!

kalau marah tapi cute xpelah jugak kan??

Wednesday, February 8, 2012

GOSIP LUAR BIASA

Bercakap tentang gosip, semua orang tahu…ini mesti bercakap tentang orang lain. Kalau diistilahkan kepada bahasa yang beragama, gosip dipanggil mengumpat. Hendak guna istilah mengumpat mungkin tidak berapa vogue atau pop. Jadi sesuaikan dengan trend…gosip.
Telah dimaklumkan umum bahawa mengumpat bukanlah suatu sifat yang baik atau elok. Cuma kemahuan atau pendinding diri yang sukar untuk dibendung. Dengan itu, salah satu cara menghindarinya ialah dengan sentiasa mengingati pesanan2 Rasulullah s.a.w Perlu diingatkan, Rasulullah s.a.w amat menyayangi umatnya. Seboleh-bolehnya, Baginda s.a.w mahu umatnya hidup dalam keadaan aman dan tenteram.
Sebab itulah dalam hadis riwayat al- Bukhari  dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap orang Islam terhadap sesama Islam itu haram darahnya (tidak boleh membunuh), hartanya (tidak boleh merampasnya) dan kehormatannya (tidak boleh mengumpatnya)”.
Percayalah, betapa sayangnya Rasulullah s.a.w kepada kita sehingga pesanannya sedemikian rupa. Tanyalah diri kita pula, adakah di hati kita timbul sekelumit perasaan kasih terhadap Rasulullah s.a.w?

Tuesday, February 7, 2012

Ukhwah ini=.=


Seawal jam 6 pagi aku bangun untuk mandi dan bersiap. Selepas sembahyang subuh, aku bersiap-siap memakai baju kurung.Dan apabila jam menunjukkan jam 7 pagi aku bersarapan. My mom masakkan nasi goreng..hehehe=,=.
Aku dan Asikin menunggu di masjid. Tak lama kemudian, Abang Hafiz dan Nadia datang mengambil kami. After about 45 min, we arrive at our destination. Kem Telaga Batin. Aku pun tak tahu apa sebenarnya kem yang aku hadiri ini, just ikut bila Nadia ajak. Kami antara yang paling awal sampai, tapi dah ada yang sampai lebih awal dari kami sebenarnya. Bila aku tengok, semua yang ada kat situ semua pakai tudung labuh and yang lelaki berkopiah. Aku dah berdebar-debar ney  memandangkan aku pakai baju kurung yang agak jarang dan berkain belah, tapi tak nampak sangat lah belahnya.hehehe. Aku dah agak cuak ney, mesti program agama, yelah si kawan aku si Nadia tu pun sekolah agama sebelum ni.  
Slot pertama agak ringkas, just memperkenalkan program yang di adakan. Nama program ney adalah Explorasi Remaja Luar Biasa. Then, slot seterusnya adalah Knowing Me Knowing You, just berkenalan dengan sape yang ada kat depan, tepi dan belakang kita. Pada petangnya, kami berpeluang sembahyang asar di pantai Teluk Ketapang. Tp before pergi tu terjumpa mama Pirah, Cikgu Masita and adik dye, Yah:) hehehehe.
Slot pada malamnya pulak amat menyentuh perasaan ,Meniti  Angin Malam. Terasa diri ini begitu kerdil di sisi Allah. Banyak nikmat yang Allah berikan, tapi jarang sekali kita sebagai hambanya nak bersyukur.  Memang rasa sedih sangat bila mengenangkan terlalu banyak dosa aku pada Pencipta, pada kedua-dua ibu bapa malahan juga kawan-kawan seperjuangan yang mungkin ada terasa hati dengan sikap aku. Maafkan aku kawan-kawan. Selepas slot yang sangat sedih ini, kami diberi rehat selama 10 min. Aku mengambil peluang ini untuk sembahyang Isyak di surau bersama Nadia, Sikin dan Kena. Aku ingatkan slot malam ney berakhir kat sini jew, tapi rupa-rupanya aku silap. Kepala aku dah berdenyut-denyut disebabkan terlalu banyak menangis. Kami diberi kain dan di minta menutup mata kami dan kami semua diminta berdiri. Selepas itu aku di minta berjalan oleh seseorang, dan aku tak tahu aku sekarang berada di mana. Aku terpisah dengan kawan aku. Seriously aku sangat takut. Aku terasa sangat terasing. Lepas tu, bermula lah program ney, kehidupan di alam kubur. Aku tak dapat mengeluarkan air mata kerana teramat takut. Tapi mujurlah aku dapat mengawal diri ini. Kalau diikutkan hati mahu ajew aku buang penutup mata itu dan berlari ke arah kawan aku. Actually banyak lagi aktiviti yang di adakan, tapi aku tak menulis semua di sini. Tapi melalui program ini, aku dapat mengenali siapa diri ini.  Diri yang sangat kerdil di sisi Allah. Seorang fasi mengatakan, jika kita kejar akhirat, InsyaAllah, dunia itu akan datang bergolek untuk kita. Tapi berapa ramaikah manusia kini yang mengajar akhirat?? Yang ada di benak mereka adalah keindahan duniawi semata-mata. Nauzubillah.


Asikin, Adriani, Cikgu Masita