Wednesday, February 8, 2012

GOSIP LUAR BIASA

Bercakap tentang gosip, semua orang tahu…ini mesti bercakap tentang orang lain. Kalau diistilahkan kepada bahasa yang beragama, gosip dipanggil mengumpat. Hendak guna istilah mengumpat mungkin tidak berapa vogue atau pop. Jadi sesuaikan dengan trend…gosip.
Telah dimaklumkan umum bahawa mengumpat bukanlah suatu sifat yang baik atau elok. Cuma kemahuan atau pendinding diri yang sukar untuk dibendung. Dengan itu, salah satu cara menghindarinya ialah dengan sentiasa mengingati pesanan2 Rasulullah s.a.w Perlu diingatkan, Rasulullah s.a.w amat menyayangi umatnya. Seboleh-bolehnya, Baginda s.a.w mahu umatnya hidup dalam keadaan aman dan tenteram.
Sebab itulah dalam hadis riwayat al- Bukhari  dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap orang Islam terhadap sesama Islam itu haram darahnya (tidak boleh membunuh), hartanya (tidak boleh merampasnya) dan kehormatannya (tidak boleh mengumpatnya)”.
Percayalah, betapa sayangnya Rasulullah s.a.w kepada kita sehingga pesanannya sedemikian rupa. Tanyalah diri kita pula, adakah di hati kita timbul sekelumit perasaan kasih terhadap Rasulullah s.a.w?

No comments:

Post a Comment