Tuesday, February 28, 2012

mom

Saya tak banyak bercerita dengannya. Tak kisahlah tentang apa. Cinta. Sahabat. Musuh.
 Standard 6.

Dari kecil saya berada di asrama. Pada usia 12 tahun saya mengenali apa itu hostel, dorm dan dewan makan. Saya lebih rapat dengan abah. Semoga abah tenang di sana. Al Fatihah.
Menginjak usia belasan tahun saya ke boarding school. Once a month akan balik kampung.

Unexpected.

Semuanya terlalu pantas. Dan tak tahu di mana silapnya perkara itu terjadi. Hubungan kami terus sepi. Tak disirami dengan kasih sayang, tak dibajai dengan cinta. Tapi ia tetap tumbuh kerana rasa itu ada.
Saya ke utara ,menyambung sisa pelajaran di Kolej Matrikulasi Perlis.
Times fly away.
Masa terus berlalu, tapi saya sedar akan sesuatu. Rasa itu kembali bersatu. Dia cuba menyiramnya. Dan saya dapat rasai kehangatannya. Dia berusaha dan saya berfikir, kenapa saya juga tidak berusaha.

Menginjak angka 20-an, saya terus bergerak. Kini ke selatan.

Dan apa yang saya pasti, saya kini menyayanginya. Mencintainya setulus hati. Tak kira apa yang berlaku pada masa lampau atau pada masa yang akan datang.

I love you mom. Forever.




No comments:

Post a Comment