Monday, April 2, 2012

Bersahabatlah kerana Allah:/

Yelah...*tetiba
Kalau ko kawan dengan dia sebab harta, tu harta dia, bukan harta ko.
Kalau ko kawan dengan dia sebab dia cantik/cun/hensem dan yang sewaktu dengannya, tu rupa dia, bukan rupa ko.
Kalau ko kawan dengan dia sebab dia tu famous ramai orang minat ala-ala boys over flower tu pun, tu dia, bukan ko.

TAPI..kalau bersahabat kerana Allah, InsyaAllah persahabatan tu akan kekal lama. Walau tak selalu jumpa, tapi selalu ada dalam doa. Sweet kan:/

Hari sabtu, janji ngan along nak kuar..Pergi JJ jew pon..hee:/  Maybe disebabkan terlalu happy sampai tak leh nak tidur sampai pagi..
so, pagi-pagi dah mengadap lappy, bukak fb.. Then, ada someone post kat wall sy^^


Anis Shazwani post kat fb sy:/

Saya macam terkejut. Indahnya persahabatan kerana Allah. Tak selalu jumpa, tak selalu call/message, tapi ada kat satu tempat yang bukan semua orang boleh capai.
Saya kenal Anis dekat matrik. Dia sangat cool, walaupun berjilbab labuh, tapi still gila-gila. Dia boleh join saya main volley petang-petang. Saya harap dia berjaya dalam apa jua yang dilakukan.

Ney gambar yang sy sempat snap masa keluar dengan along. Along a.k.a Najwa Izzati ney kawan saya dari high school and matrik:/


Raja Anis, Along, Yen
Ok,saya tahu saya yg paling debab..ahahaha:/


baju biru tu Madihah, kawan Along, seriously peramah and comey lotey^^
and semalam sy sempat balas-balas komen dengan Musfirah, serious rindu dia. Rindu dia usik sy, buat video raksasa padi lahh, berlari lepas balik c-mart lahh.Kalau lah boleh undur masa lalu, saya nak berhenti lama kat saat-saat itu.

saya jugak rindu kawan-kawan sekolah menengah saya, matrikulasi^^
Malisa, Shahida, Athirah, Atikah (geng saya masa sekolah menengah)
Che Wan Norhiah, Norhanisah, Rasheqa dan tambahan Musfirah dan Dianah(roomates kesayangan saya) Along a.k.a Najwa Izzati (jiran saya)
Ainnur, Dawama, Tieqa, Faezah (unnie-unnie saya yang superb)
sesmarian Batch 32 (kalau boleh saya nak tulis semua nama kat sini) (ubiey, najib, arah, sue....)
hayat tutoran 9 (perlis matriculation college)
saranghaeyo<3

3 comments:

  1. saya rindu awak jugak.harap Allah izinkan kita untuk bertemu lagi:D

    ReplyDelete
  2. insyaAllah...rindu awak even more:)

    ReplyDelete